Monday, June 15, 2009

10 sen..............

geram....geram....geram.....
rasa nak p bakar n bom padang bola....
benci.....benci....benci..........
ada sape2 ada jalan untuk suh hubby aku berenti men bola..................
muak dah aku becakap..................
merajuk xyah katala.............
bagi kata dua pun bola ttp pilihan hati dia.......................
kenapa pmpuan boleh ketepikan minat demi keluarga
kenapa jantan xleh wat sume tu
sakit kepala aku.................
wargh...................
aku nangis kering airmata skalipun...................
aku la yg seksa akhirnya...................

Sunday, June 14, 2009

Menangislah Kerana Allah


BINGKISAN KHAS:


Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana


ditinggalkan oleh kekasihnya.


Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...



PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH



Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:


“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”


Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar


untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya.


Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur.


Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut,


“Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”


Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk


menuruti kehendak hatinya.



Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak.


Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut


seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”


Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?


Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”


Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”


Wanita itu pun berkata lagi.


“Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita


meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita.


Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”


Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. D


ia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah


bermimpi bertemu dengannya.


Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”


Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”



Rasulullah saw bersabda:


“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya



bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.



“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua



keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan



barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”



Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh.



Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut



semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi



berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda



berkata, “Umatku-umatku.”



Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung.


Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya


sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat,


demi orang-orang yang siddiq,


demi orang-orang yang khusyu’.


Dan demi orang-orang yang berpuasa.


Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali.


Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak


membakar umat Muhammad.”


Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi:


“ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu.


Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab:


“Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah


dan sekarang aku diperintahkan untuk


memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam


dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana


takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta


rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.


Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:


“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan


kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk


mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”


Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan


tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah


berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya


Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah


menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin


bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat.


Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.


Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya


rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua.


Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah


tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian,


mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau


hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab:


“Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum


pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas


dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya;


“Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan


selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak


akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu


kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta


manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta.


Cinta! Cinta! Cinta duniawi.


Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.



Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung;


Allah sedang menantimu di pintu taubatNya.


Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya.


Menangis untuk menangih cintaNya,


menangis kerana memohon taubatNya,


menangis kerana berdosa padaNya,


menangis kerana takut padaNya.


Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah,


kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...




blog kesayanganku :


syauqahwardah1209

editor:everjihad

Thursday, May 21, 2009

musim katun anak2 skang....

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya,
di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..
hu3...aku sendiri pun suka gak tgk citer nih.....
apatah lagi anak aku yg akan sentiasa meniru gaya wonderpets nih...
bdk2 shuffle dlm tv pun dia nak cuba gak....
umo baru sthun 5 bulan....
lagak macam dah besar sgt.....

Thursday, June 19, 2008

Salam Pengenalan

Assalamualaikumwarahmatullahwabarakatuh
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa digenggam-Mu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati